blog | mySJYC.org: 260311 | SJYC EARTH HOUR

Saturday, March 12, 2011

260311 | SJYC EARTH HOUR


Profile Jemputan Kehormat
SJYC Earth Hour 2011
26 March 2011 ( 4:20pm - 11:30pm )
Kompleks 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya
*
1. Matthias Gelber ( Eco Inspiration Talk Series )
Beliau mempunyai sebuah syarikat menjual bahan-bahan binaan yang mesra alam dan juga seorang penceramah eco-motivasi. Seorang yang pernah digelar “Manusia Paling Mesra Alam di Dunia” dan beliau juga seorang yang aktif dalam program-program peningkatan kesedaran awam yang dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan. Dilahirkan dan dibesarkan di Eropah, Matthias Gelber berkerja, bersyarah dan berniaga sepenuh masa di Malaysia.
(www.greenmanspeaks.com, www.malekigmbh.com)
*
2. Sabina Arokiam ( Embun Pagi )
Setelah tamat pengajian dalam kursus Eco-Village and Permaculture Design dari sebuah institusi pengajian tinggi di Amarika, Sabina Arokiam membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia pada tahun 2009 dan memulakan sebuah pusat Permakultur yang mengambil pelajar-pelajar dan sukarelawan dari dalam dan luar negara.
*
3. Juergen Soecknick ( Embun Pagi )
Setelah tamat pengajian beliau bersama tokoh permakultur Joe Polaicher pada tahun 2007, beliau telah berkerja dan mengembara serata dunia untuk membantu penduduk-penduduk setempat memulakan sistem permakultur mereka sendiri. Semenjak pembukaan Embun Pagi, Juergen Soecknick mengajar dan membantu dalam kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran Embun Pagi.
*
4. Rakan Alam Sekitar ( Jabatan Alam Sekitar Selangor)
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor untuk penglibatan pihak mereka dalam menjayakan program kami.
( www.doe.gov.my/ras )
*
5. Alam M. Shah ( Stop Littering )
Berasal dari Subang Jaya, beliau memulakan sebuah gerakan yang sering menganjurkan aktiviti-aktiviti mengutip sampah dan gotong royong demi meningkatkan kesedaran penduduk setempat dan juga menjaga kebersihan tempat-tempat awam di Malaysia.


On earth hour, we will be hosting a movie night with guest speakers and invitees from both the government and non-government organization with interest on matter relating to our national environment. There will be Q&A session where participants can address their question and concerns to the speakers.

Snack and drinks will be provided and to avoid food wastage,it will be awesome to have an idea of how many participants to expect. Please RSVP accordingly - i promise i wont yell at you :)

Speakers:
Matthias Gillbert (eco-warrior)
Reps from Dept of Environment - Rakan Alam Sekitar

Atucara Majlis:
6:00 Kelas Membuat Pelita menggunakan Bahan-Bahan Terpakai
8:00 Ucapan dan mini-forum oleh jemputan
9:00 Earth Hour bermula dan tayangan An Inconvenient Truth
10pm Mini-forum + Q&A with En. Matthias Gilbert
11pm Bersurai