blog | mySJYC.org: KENYIR RETREAT PeBT 2013

Friday, February 08, 2013

KENYIR RETREAT PeBT 2013

Perjalanan daripada bangunan MPSJ ke jeti mengambil masa lebih kurang hampir 12 sebelum kami singgah untuk menunaikan solat subuh di masjid Kuala Berang Terenganu.
Alhamdullillah sewaktu sarapan diorang nih penuh dengan kesantunan sebab beratur dan makan dengan tertib... Mungkin sebab baru lepas dengar ceramah sempena menyambut Maulidur Rasul kot...

Nih pulak situasi semasa ramai-ramai beratur untuk naik rumah bot... rumah bot yang warna kuning tuh untuk  kaum hawa yang lepak, yang tengah untuk ahli majlis + urusetia dan yang hujung sekali untuk wakil-wakil PeBT, JKP dan wakil-wakil yang lain gak lah cam PA ahli majlis, pegawai, pengarah belia dan kebudayaan. Antara aktiviti yang dilakukan disana ialah pusing 2 tasik kenyir, melawat gua bewah, mancing kat lubuk, berakit, tracking dan selebihnya aktiviti kebudayaan sambil menikmati barbeQ.