blog | mySJYC.org: 180812 | PROGRAM BELIA ANEKA AGAMA

Saturday, August 18, 2012

180812 | PROGRAM BELIA ANEKA AGAMA


PERANCANGAN PROGRAM PeBT Zon 1 MPSJ
Program Belia Aneka Agama Dan Iftar Bersama Sama
1.0
TARIKH DAN MASA
18 August 2012 ( Sabtu )
4:20 pm - 10pm
2.0
LOKASI
Bilik Gerakan Belia
Kompleks 3c MPSJ
Subang Jaya, Selangor.
Ruang Legar Kantin
( Untuk berbuka puasa )
3.0
KONSEP DAN PENGISIAN PROGRAM
Sebuah forum belia beraneka agama akan diadakan bagi menggalakkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan belia didalam masyarakat majmuk yang harmoni seperti Subang Jaya. Program ini akan berkonsepkansantai dan intipati pengisian adalah perkongsian bahan-bahan rujukan yang mampu membantu mereka dalam pengurusan aktiviti-aktiviti belia di masa hadapan.
Bengkel interaktif - pengenalan kepada Google Apps sebagai pemangkin kolaborasi dan pengurusan organisasi kecil dan sederhana. Peserta digalakkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan pra- majlis yang akan disediakan di internet. Demontrasi penggunaan Google Calendar dan Google Moderator akan dapat menyelaraskan usaha-usaha kolaborasi dimasa hadapan.
Setelah tamat program, peserta digalakkan untuk mengambil bahagian dalam sesi brainstorming dan perbincangan yang akan berlarutan sehingga waktu berbuka puasa. Antara perkara yang akan dibincangkan termasuk strategi pengurusan program, aktiviti dan komuniklasi yang efektif dengan menggunaan Google Apps dan lain-lain.
4.0
TUJUAN PROGRAM
Antara objektif dan sasaran cadangan ini adalah untuk menggalakkan komunikasi dan dialog antara belia yang mempunyai nilai dan fahaman kerohanian yang berbeza. Selain dari mengeratkan hubungan belia-belia di dalam kawasan, program ini juga adalah sebuah platform untuk PeBT dan JKP membuat menjalankan aktiviti-aktiviti “outreach” seperti pengedaran maklumat atau pendaftaran untuk program-program berkaitan.
Disamping itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam produk produktiviti yang berkualiti tinggi seperti Google Apps. Dengan menggunakan Google Apps, peluang untuk peningkatan produktiviti dan kualiti program-program belia akan dapat dipertingkatkan dengan cemerlang.
5.0
TENTATIF PROGRAM
Masa
Aktiviti
4:00 pm
Pendaftaran dan ketibaan tetamu
5:00 pm
Forum Belia Beraneka Agama ( tema: peranan belia )
6:00 pm
Bengkel Kilat - Useful Software & Tools
7:00 pm
Persiapan untuk iftar / berbuka
 8:30 pm
Solat Isya’, tarawikh ataubersurai
6.0
ANGGARAN KOS YANG TERLIBAT
Bil
Perkara
Unit
RM/unit
Jumlah (RM)
1.
2.
3.
4.
5.
Bahan Cetakan
Elaun Fasilitator
Promosi & Publisiti
Juadah berbuka
Cenderamata
RM 350.00
RM 250.00
RM 200.00
RM 500.00
RM 200.00
Jumlah keseluruhan
RM 1500.00
7.0
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi:
   Sdr. Hariz Manaf
Timbalan Pengerusi:
   Sdr. Izzat Farhan
Setiausaha:
   Sdr. Shaun Khoo

DISEDIAKAN OLEH:
……………....................................
Hariz Manaf                                                           Tarikh :17 August 2012
Pengerusi PeBT Peringkat Zon 1
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
PENGESAHAN PEGAWAI BELIA PeBT PERINGKAT PBT
Saya dengan ini menyokong / tidak menyokong program yang dinyatakan dianjurkan.
………………………………………………
( MUHAMMAD ZAKI BIN YUSOFF )             Tarikh :
Cop :                                                                Ulasan :                      
PENGESAHAN PENGERUSI PeBT PERINGKAT PBT
Saya dengan ini melulus/menolak program yang dinyatakan dianjurkan.
……………………………
(                                      )                                Tarikh :
Cop :                                                                Ulasan :