blog | mySJYC.org: JEMPUTAN KE MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

Sunday, September 08, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

Assalamualaikum YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Sepertimana YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan sedia maklum, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera  pada ketetapan berikut:


Tarikh    :  14 September 2013 (Sabtu)
Masa      :  7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat   : Dewan Agong Tuanku Canselor
               Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
               Selangor Darul Ehsan


3. Tujuan Majlis ini adalah untuk:

    i. memaklumkan masyarakat Bumiputera mengenai visi dan misi Kerajaan untuk memantapkan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020; dan

    ii. mengumumkan dasar, inisiatif serta program baru ke arah memperkasakan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Majlis ini akan melibatkan pelbagai agensi pelaksana dan dianggarkan kehadiran seramai 5,000 jemputan Bumiputera daripada pelbagai sektor dan peringkat dari seluruh negara.
4. Bagi memastikan Majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, YAB Perdana Menteri menjemputYBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan ke Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Aturcara Majlis adalah seperti diAgenda.

5. Moga dengan kehadiran YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan ini akan meningkatkan sokongan dan komitmen masyarakat Bumiputera dalam agenda transformasi ekonomi negara. 

PENDAFTARAN TERBUKA UNTUK 20 PESERTA TERAWAL :

Sila sahkan kehadiran kepada urusetia :

1. Safwan Zahari ( 019.480.3132 / safwan@mynef.com )
2. Syahmi Ramlan ( 019.228.3132 / syahmi@mynef.com )